assalamualaikum..
hi SABTU. Hari yang membosankan bila kene kerja..Bestnya kalau still kat kampung..Semalam dapat sembahyang jemaah beramai-ramai(noorhayani family) sungguh mengembirakan..Dengar ceramah semalam beramai-ramai then yang paling best adalah makan..Tapi harus ingat makanan yang paling baik adalah solat..
Bestnya kalau aku pon tergolong dalam golongan keluarga yang sebahagia itu..Semalam ceramah bertajuk tentang KEMATIAN..
Orang mati itu ibarat orang yang sedang lemas meminta tolong..yang meminta tolong di dalam kubur..Dia meminta tolong dengan hanya 3 orang sahaja iaitu dengan ANAKnya..Minta untuk anaknya bacakan doa buat nya..Jika tiada anak,doa melalui adik beradiknya..Dan yang terakhir adalah dengan sahabat handai..Ketiga-tiga orang ini lah yang diperlukan untuk menolong SI MATI di alam sana..Jika kita sebagai anak,doa anak adalah doa yang paling molek untuk si ibu atau si bapa..Banyak yg aku belajar dari ceramah itu walaupon kehidupan aku bukan lah sebaik yang dilihat..Tapi aku berdoa agar suatu nanti ALLAH membuka pintu hati aku dengan luasnya untuk melihat lebih banyak cahaya dalam ISLAM..
Kadang kala aku kesal degan kehilangan insan tersayang dalam hidup aku kerana dia mampu menyempurnakan aku tapi bila aku fikirkan kembali dia pon sama seperti lain yang tidak mempunyai kekuatan iman..Tapi aku kagum kerana dia mampu untuk selamatkan hubungan kami,tapi jodoh hanya ALLAH yang tentukan dan mungkin ALLAH akan berikan dia insan yg lebih baik dan layak untuk dia jadikan teman hidupnya..AMIN..
Apapon, tanpa usaha aku tak akan dapat cahaya yang aku ingin kan..Insyallah, aku juga akan jadi salah sorang dari orang2 yang soleh.AMIN.. :)
No comments:
Post a Comment