Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 9 March 2014


YA ALLAH YA TUHANKU,
jika di laut timbulkan lah
jika di langit turunkanlah
jika di darat tunjukkanlah


SELURUH DUNIA  di gemparkan dengan misteri kehilangan pewasat mh370 kuala lumpur-Beijing.Yang terlibat dan di arahkan bertugas masih mencari dan menyiasat kehilangan mh370.Yang menanti penuh dengan harapan.Yang berdoa diminta tunjukkan keajaiban.Wartawan tidak putus-putus melaporkan berita dari masa ke semasa.Yang mengkritik tidak berhenti bersuara.Yang menulis penuh dengan andain.Laman sosial penuh dengan berita mh370.Tapi, tahukah meraka semua dimananya mh370 dan penumpang-penumpangnya? pertanyaan demi pertanyaan, kegelisahan demi kegelisan,penantian demi penantian saban hari menunggu jawapan dari semua persoalan.Jiwa yang menanggung tidak seperti jika yang bercakap.Jiwa yang menangung tidak seperti jiwa yang menulis.Tangisan demi tangisan dengan berita yang di dengari mereka.Suara hati bertanya-tanya kemana perginya ibu, kemana perginya ayah, kemana perginya suami, kemana perginya isteri,abang,kakak,adik...Kemana?Tidak mampu yang menjawab.TAtkala mata tertutup keletihan,otak masih lagi berfikir.Mengharap agar ditunjukkan olehNYA yang maha ESa.Jika tiada,tunjukkanlah..Jika ada,kembalikanlah.
Bila ALLAH berkehendak dan menghendakinya,dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka ALLAH berfirman kepadanya : "Jadilah" ,maka jadilah .. KUN(jadilah)  FAYA KUN(jadilah)..
#Pray4mh370  sama-samalah kita berdoa agar apa yang kita inginkan di dengari oleh ALLAH SWT ..

Sunday 27 January 2013

Bicara Cinta Antara Hati Dan Akal


Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...


Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa? 

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta? 

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...


Bloggy Blog Design